Tuesday, August 25, 2015

Status Facebook

Wednesday, March 6, 2013

Status Facebook




Assalamu 'Alaikum,

Status Facebook pagi ini.

Adila balik dari sekolah agama dan tanya emaknya - "Mama Nabi Adam manusia yang pertama kan?"
Adila balik dari sekolah kebangsaan dan tanya emaknya - "Mama cikgu kata zaman purbakala manusia tak berbaju - Nabi Adam tak pakai baju ke Mama?"

Papanya balik dari tazkirah subuh dan cerita kapada Mama tazkirah yang menarik oleh Imam pagi ini. Surah AlBaqarah cerita kepada kita Nabi Adam a.s. dicipta disyurga dan diberi ilmu yang lengkap oleh Allah swt. Apabila Nabi Adam diturunkan ke dunia ia telah memilikki ilmu yang lengkap setaraf dengan pangkatnya sebagai Nabiullah. Dari mana pulak datang cerita Neolithic, Paleolithic dan sebagainya dengan manusia kunu tak berbaju separuh kehaiwanan tanpa ilmu apa-apa? Bukan kah ini keturunan Nabi Adam a.s.? Bukan kah Habil dan Qabil anak-anak Nabi Adam sudah bercucuk tanam? Bukankah Habil dan Qabil telah menghadiahkan cucuk tanam mereka kepada Allah swt didalam suatu peristiwa yang diceritakan dalam AlQuran? Dimana pulak timbul cerita orang zaman kunu "hunter gatherer" yang tak pandai bercucuk tanam, separuh bogel tak berbaju pulak tu? 

Kata Imam tu lagi," Mengapakah kita terima kesesatan dan kejahilan Barat ini didalam pendidikkan anak-anak kita?" 
Papanya terkedu dan ingat subjek Islamisation of Knowledge yang dipelajari diUIA dimana kita perlu rombak semula subjek-subjek yang diajar kepada anak-anak kita supaya tepat ilmu mereka dengan landasan AlQuran. Atau kita masih mahu lagi agung agungkan segalanya dari Barat?

Wassalam,
Zahid '72S



Facebook status this morning.

Adila came home from religious school and asked her mother -"Mama Prophet Adam is the first man created by God, right?"
Adila returned from a national school and asked her mother - "Mamateacher said in prehistoric age people don’t wear clothes -  Mama, did Prophet Adam  wear clothes?"

Papa came back from fajr tazkirah and related to Mama an interesting  tazkirah by the imam this morningSurah AlBaqarah tells us,  Prophet Adam a.s. was created in paradise and given completeknowledge by Allah swt. When Prophet Adam a.s. was thrown downto Earth he already possesses complete knowledge commensurate with his position as NabiullahWhence then came the story aboutNeolithicPaleolithic and others with half naked men, semi beasts, lacking in knowledge ? Didn’t Habil and Qabil, the sons of Prophet Adam already know about agriculture? Didn’t they present their produce to Allah swt  in an event recounted in the QuranWherethence the stories about prehistoric people being hunter gathererswho did not know how to farm, and dressed half naked?

The Imam said , "Why do we accept Western error and ignorance in the  education of our children?"

Papa was speechless and recalled the subject of  Islamisation of Knowledge learnt at UIA where we need to overhaul the subjects that are taught to our children so that their knowledge accurately tracks the Quran. Or do we still look highly at everything from the West?


Zahid '72S

No comments:

Post a Comment