Thursday, August 8, 2013
Hari Raya is how we defined it / Hari Raya ialah sebagaimana kita takrifkannya
Assalamu 'Alaikum,
A month of Ramadhan is supposed to bring the believers to the highest of iman. For fasting purifies the body and soul whilst the ibadah uplifts one to a higher plain. Eid is the result and climax where one is said to return to the fitrah or the sinless origin one began life with. The beginning of Eid which is as soon as dusk sets on the night before, is also the time when all manner of blasts pollutes the serene air, from fire crackers, to bamboo cannons to fireworks that lights up the night. What has these got to do with the cleansed soul all Muslims are or should be experiencing on the night of Eid? Happiness and celebration and silaturrahim, yes we got that right. Full marks I believe, but we also did other unnecessary things on our exam paper which just goes to reduce our marks!
But that is just as it has been for countless years. I recall Ramadhan in a Perak kampung with my Granny and Granddad many many moons ago; the lemang that we burnt under the house, the dodol that we stirred with great effort and difficulty, and raya cookies that Granny cooked in tin cans inside the earth underneath a bonfire! That was what is called a natural oven! That of course matches the wrought iron iron with hot charcoals inside as the source of heat.
We also have a malam tujuh likur which I believe is the 27th night of Ramadhan where the entire kampung is lighted up with kerosene lamps perched on bamboo sticks. The kampung kids which weren’t too many as it was a small kampung would play in semi darkness in hilarious fun. This too I believe is a misinterpretation of the night of Lailatul qadr. The adults did the right things of course but the kids had such fun.
I recalled my Granny wakes up at 2am to prepare sahur including ‘giling’ of curry paste to make fresh curry for Granddad! Recalling that we retire for the night at 9pm on those pre-electricity days sahur at 3am isn’t then such an unearthly hour. Subuh was much much earlier than now before we decided to take up Sabah time as our time in Peninsula Malaysia. Sahur is supposed to be as late as possible; we had ours at 3am but Grandad made up for that by staying up to eat and drink until the very last moment!
On the night before Eid the Muslim is supposed to takbir all night long in celebration of the victory of Ramadhan but I think honestly most of us in Malaysia seems to do everything else but. Our source of raya takbir is of course the occasional ones they showed on TV after everybody’s favourite reality show involving our Penyimpan Mohor-Mohor Besar DiRaja. If we then retire to the kitchen to assist the wife with the rendang and the ketupat or nasi himpit that’s fine but some decided they had gathered too much pahala and decided to reduce some by watching the all manner of lagha and non aurat observing shows that pass as raya entertainment on TV.
Syawal is another story where it can sometime have 31 days as people run out of Syawal to have their open houses. Of course we suffered during Ramadhan where we empathised with the poor; in all fairness Syawal must therefore be the balancing act to empathise with the rich, as we gorge ourselves on the open house feasts. Yes the shin of the lamb is the Prophet’s saw favourite part of the lamb but kambing golek every day at every open house is something else. I still recall vividly the tears that flowed on Saudi religious talk show when a caller called from Somalia asking whether it is okay to continue fasting after Maghrib as they have no food to break fast with.
Yes, Ramadhan, Eid and Syawal is as we defined it. We do it good, in parts; we just need to much improve in others.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Zahid
‘72S
Hari Raya is how we defined it
‘72S
Hari Raya ialah sebagaimana kita takrifkannya
Sebulan Ramadhan sepatutnya membawa orang yang beriman ketahap iman yang paling tinggi. Puasa seharusnya mensucikankan jiwa kita. Hari Raya adalah hasil dan kemuncak di mana kita kembali kepada fitrah tanpa dosa. Namun malam raya yang hening jugalah merupakan waktu apabila semua acara letupan dilakukan dari mercun, meriam buluh dan bunga api yang menyala malam. Apa kaitan pencemaran ini dengan jiwa bersih yang telah dicapai oleh semua umat Islam pada malam raya?

Kebahagiaan, perayaan dan menghubungi silaturrahim, tepat sekali amalan kita. Markah penuh saya percaya, tetapi kita juga melakukan perkara-perkara lain yang tidak perlu pada kertas peperiksaan kita yang hanya mengurangkan markah kita!
Tetapi sudah bertahun tahun kelaziman perkara ini berlaku. Saya masih ingat Ramadhan di sebuah kampung diPerak dengan Nenek dan Tok Aki saya dimasa lampau; lemang yang kami bakar di bawah rumah, dodol yang kami kacau dengan penuh usaha, dan kuih raya yang Nenek bakar dalam tin di dalam tanah di bawah unggun api! Itu adalah apa yang dipanggil ketuhar semula jadi! Seangkatan dengan seterika besi yang mengguna arang panas sebagai sumber haba!
Kita juga mempunyai malam tujuh likur yang saya percaya adalah malam 27 Ramadhan di mana seluruh kampung dinyalakan dengan lampu minyak tanah yang disangkut pada batang buluh. Anak-anak kampung akan bermain ditanah dengan penuh keseronokan . Ini juga saya percaya merupakan salah tafsir malam Lailatul Qadar. Saya yakin yang dewasa lakukan perkara yang betul, tetapi kanak-kanak cukup bergembira.
Saya teringat Nenek saya bangun pada jam 2 pagi untuk menyediakan sahur termasuk 'giling' kari untuk membuat kari segar untuk Tok Aki! Oleh kerana kami tidur pada pukul 9 malam dizaman pra-elektrik dahulu, bersahur pukul 3 pagi tidaklah terlalu awal. Subuh adalah jauh lebih awal daripada sekarang sebelum kita memutuskan untuk mengambil masa Sabah sebagai masa kita di Semenanjung Malaysia. Sahur sepatutnya selewat yang mungkin, kami bersahur pada pukul 3 pagi tetapi Tok Aki mengimbang keadaan dengan makan dan minum sehingga waktu yang terakhir!
Pada malam Raya orang Islam sepatutnya takbir sepanjang malam dalam menyambut kemenangan Ramadhan tetapi saya rasa ramai kita di Malaysia banyak melakukan perkara yang lain. Sumber takbir raya kita sudah tentu yang ditunjuk sekali sekala di TV selepas rancangan realiti kegemaran ramai yang melibatkan Penyimpan Mohor-Mohor Besar Diraja kita. Jika kita kemudian bersara ke dapur untuk membantu isteri dengan rendang dan ketupat atau nasi himpit itu sudah baik tetapi oleh sebab kita telah mengumpul terlalu banyak pahala kita putuskan untuk kurangkan sedikit dengan menonton hiburan lagha tanpa jaga aurat di TV .
Syawal adalah kisah lain di mana ia kadang-kadang boleh mempunyai 31 hari sebab kita kehabisan Syawal untuk membuat rumah terbuka. Sudah tentu kita mengalami keperitan pada bulan Ramadhan di mana kita menjiwai segala kesusahan orang miskin; jadi untuk mencapai keadilan pada Syawal kita mestilah bertindak mengimbangi keadaan dengan menghayati keadaan orang kaya pula dengan mengelojohi pesta makan di perayaan-perayaan rumah terbuka. Ya betis kambing merupakan sebahagian kegemaran Nabi saw tapi kambing golek di setiap hari dirumah terbuka sudah perkara lain jadinya. Saya masih ingat dengan jelas air mata yang mengalir di setesen TV Arab semasa ceramah agama apabila pemanggil dari Somalia bertanya sama ada boleh mereka teruskan puasa selepas Maghrib oleh kerana mereka tiada mempunyai makanan untuk berbuka puasa!
Ya, Ramadhan, Hari Raya dan Syawal adalah seperti yang kita ditakrifkan ia. Kita melakukannya dengan baik pada sebahagianya , kita hanya perlu lebih perbaiki pada bahagian- bahagian yang lain.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Zahid
'72S

No comments:
Post a Comment